Monday 9 April 2012

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan




Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..Hayati Dan Fahami…Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkansejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamuada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapaktangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan ditangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV
itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka’bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan irinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

HIBURAN SEJATI: BAGAIMANA MEMILIKINYA



Syarat bagi ketenangan hati ialah keperluan asasinya diisi iaitu iman. Orang yang beriman akan mendapat kepuasan dengan hiburan yang bertapak dihati.
Sekuat mana pun jiwa, fikiran dan fizikal seorang manusia, ada masanya akan tergugat juga dengan ujian hidup. Manusia tetap lemah, ia perlukan kerehatan dan ketenangan. Bukan hanya kerehatan badan, tetapi juga kerehatan jiwa dan fikiran. Bayangkan kalau badan dibanting dengan kerja berat tanpa rehat apa akan jadi?

Begitulah manusia kalau dihenyak oleh ujian-ujian hidup tanpa hiburan. Resahlah jiwa dan kusutlah fikirannya. Untuk berhibur, manusia melakukan berbagai cara. Tetapi kerap berlaku, apa yang dicari dan ditemui bukanlah hiburan sejati. Hiburan sejati bertapak di hati. Inilah hiburan yang hakiki. Hiburan sejati menjadi ubat kepada diri. Kesan sembuhannya berpanjangan. Sifatnya menenang dan membahagiakan. Ia bertunjang pada realiti. Sekiranya ada masalah, hiburan sejati akan menyelesaikan bukan melupakannya. Sebaliknya hiburan palsu bertapak pada nafsu. Ia bertentangan dengan fitrah manusia. Sifatnya bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah yang sedia ada. Ia melalaikan dan mempesonakan buat sementara. Selepas itu kesusahan akan timbul semula. Betapa ramai manusia yang masih gelisah dengan apa yang dikatakan ‘hiburan’ termasuk para penghibur itu sendiri. Di dunia sekarang ini para penghiburlah yang paling tidak terhibur. Tanpa perlu membuat kajian dan penyelidikan pun, kita boleh menyenaraikan nama para penghibur terutama artis-artis Barat yang terlibat dengan dadah, krisis rumahtangga, AIDS, sakit jiwa dan bunuh diri. Hiburan yang sejati berpunca dari hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati ialah keperluan asasinya diisi iaitu iman. Orang yang beriman akan mendapat kepuasan dengan hiburan yang bertapak dihati. Ertinya, jika hati benar-benar disuburkan dengan iman, ia akan terhibur dari dalam hati. Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan ;

1. Berhubung Dengan Allah. Dengan mendengar laungan azan hati mereka mampu terhibur. Sabda rasulullah s.a.w. : ” wahai Bilal, tenangkan kami dengan azanmu.” Hanya dengan sembahyang, hati orang yang bertaqwa sudah terhibur sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Sejuk mataku di dunia dengan solat.” Hati muttaqin terhibur dengan sembahyangnya kerana mereka merasa seolah-olah sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya. Ah..siapa pula yang tidak merasa terhibur kalau sudah bersama kekasih?

2. Melaksanakan Perintah Allah Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datangnya dari kekasih hati. Kalau yang menyuruh adalah kekasih, apa lagi yang ingin disusah-susahkan? Kalau sudah cinta, lautan api sanggup diduga. Puncak Himalaya sanggup didaki. Mereka rasa seronok dengan ibadah. Orang yang tidak tahu menyangka mereka menderita tetapi sebenarnya mereka bahagia.

3. Bergaul Dengan Manusia Orang yang telah mendapat hiburan sejati, tenang sikapnya. Bila bergaul dengan manusia, mereka terhibur dan menghiburkan. Kasih sayang terpancar pada wajah, sikap dan tutur katanya. Bagi orang beriman, kasih sayang dalam pergaulan memberi hiburan yang sangat bernilai. Dia menyayangi dan disayangi. Sebaliknya, manusia yang tidak mendapat hiburan sejati menjadi seorang pemarah, pendendam, emosional dan kesunyian. Mereka tidak terhibur dan tidak dapat menghiburkan. Dalam pergaulan, mereka selalu menyakiti orang lain kerana cuba mendapatkan ‘hiburan’ dengan melepaskan keresahan yang terbuku dihatinya.

4. Menerima Ketentuan Hidup Dari Allah. Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yan dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah merasa resah. Apabila diberi nikmat, mereka terhibur lalu mereka bersyukur. Diberi kesusahan mereka juga terhibur lalu mereka bersabar. Bila sakit, terasa diberi keampunan. Hanya badan yang sakit, tetapi hati tetap kuat dan sihat untuk mengingati Allah. Bila sihat, terasa diberi rahmat.

5. Melihat Ciptaan Allah Orang yang beriman juga akan terhibur dengan melihat alam ciptaan Allah. Timbul rasa tenang, gembira dan bahagia melihat pantai-pantai yang bersih, bukit-bukau yang menghijau, laut yang berombak dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir itu sudah cukup untuk merasai keindahan Penciptanya. Sebaliknya mereka yang tidak beriman atau lemah imannya memerlukan hiburan luar yang sangat banyak. Walaupun sudah bermacam-macam jenis hiburan yang dinikmati tetapi hidup masih menjemukan. Mereka tidak pernah puas kerana apa yang mereka nikmati hanyalah hiburan yang palsu. Jika iman sudah disuburkan di dalam hati, manusia tidak memerlukan hiburan yang banyak seperti sekarang ini. Memadailah berhibur dengan membaca al-quran, nasyid, lagu-lagu tanpa muzik yang melalaikan, berselawat dan ibadah-ibadah yang lain. Semua itu sudah cukup untuk memuaskan hati. Namun ini tidaklah bererti orang beriman menolak langsung hiburan-hiburan dari luar diri. Bagi mereka, hiburan luaran itu boleh menyuburkan lagi hiburan dalaman yang datang dari iman dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci al-Quran, nasyid yang mengagungkan Allah, selawat yang memuji nabi, puisi yang menghaluskan rasa kehambaan kepada tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman sumber hiburan utama di dalam hati orang yang beriman. Inilah garis pemisah antara hiburan sejati yang dinikmati oleh orang beriman dengan hiburan palsu yang melalaikan orang yang tidak beriman. Inilah hakikat yang masih belum tersurat di mata masyarakat. Masih ramai yang menganggap, jika Islam diamal dan dihayati, akan murunglah kehidupan. Tidak ada cerianya lagi kerana mereka beranggapan bahawa Islam menolak hiburan. Tetapi kini sudah terjawab bahawa Allah s.w.t. telah menyediakan satu hiburan yang sejati kepada para hamba-Nya.Hiburan yang dapat dirasai di dunia lagi sebelum hamba-Nya menikmati hiburan yang hakiki di Syurga abadi. Sesungguhnya, tidak ada hiburan tanpa iman!

LAGU MENURUT IMAM AL GHAZALI
Imam Al Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin mengklasifikasikan lagu yang dibenarkan kepada tujuh jenis: · Lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat suci seperti Mekkah dan Madinah. · Lagu yang menaikkan semangat untuk berjuang mempertahankan negara. · Lagu yang membicarakan tentang pertarungan dan sikap tabah yang sukar mengalah walaupun pada saat-saat akhir. · Lagu yang mengenangkan masa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Menginsafkan diri tentang hakikat hidup yang sebenar. · Lagu yang menerangkan keadaan diri yang menghargai seseorang dan mengembalikan kenangan manis. · Lagu bercorak ghazal yang sopan yang menceritakan tentang kisah cinta dan membayangkan hasrat untuk bertemu pada masa akan datang. · Lagu yang menceritakan keagungan sifat-sifat Tuhan, memuji dan mentahmidkanNya.

Beza Lelaki & Wanita Lelaki


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??! Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??! Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.  
Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu  menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut  menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….  ” Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “

Hadis Keduapuluh Sembilan


Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : ” Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. “Jawab Nabi SAW : ” Sebenarnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. “Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah . ” Sabda baginda : ” Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. “Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? ” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah. ” Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : ” Awas, jaga ini baik-baik. “Aku bertanya : ” Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? ” Baginda lalu menjawab : ” Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. “

Hak Kedua Ibu Bapa


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata:
Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ayah bondanya lalu pagi-pagi ia taat, baik kepada keduanya melainkan Allah membukakan untuknya dua pintu syurga. Dan tidak mungkin Allah redho kepadanya jika salah satu ayah atau ibunya murka kepadanya, sehingga mendapat redho kepada ayah bondanya.  Ditanya;  “Meskipun orang itu zalim?”   Jawabnya; “Meskipun zalim”
Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha’ berkata;
Nabi Musa a.s berdoa;
“Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.
Firman Allah; “Aku wasiatkan kepadamu taatlah kepada ibumu”.
Kemudian berkata; “YA Tuhan,   pesanlah kepadaku”.
Firman Allah; Aku pesan kepadamu taatlah kepada ibumu”.
Kemudian berkata; Ya Tuhan, pesanlah kepadaku”.  Jawab Allah; “Aku pesan supaya taat kepada ibumu.
Musa berkata; “Wasiatkan kepadaku”.
Firman Allah; “Aku wasiatkan kepadamu taatlah kepada ayahmu”.
Abdullah bin Umar r.a. berkata;
Seorang datang kepada Nabi SAW. dan berkata; “Saya ingin berjihad(Perang fisabilillah).  Nabi SAW. bertanya; “Apakah kedua ibu-bapamu masih hidup?”.  Ya kedua-duanya. Sabda Nabi SAW.; “Di dalam melayaninya harus berjihad”.
Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada kedua orang tua lebih besar daripada jihad fisabillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua, dan berjihad.  Kerana  itu,  maka seseorang tidak boleh keluar untuk jihad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata;
Saya tanya pada Nabi SAW.; “Ya Rasulullah,  siapakah yang harus saya taat?”.
Jawab Nabi SAW.; “Ibumu”.
Kemudian siapakah?.
Jawab Nabi SAW.; “Ibumu”.
Kemudian siapakah?
Jawab Nabi SAW.; “Ibumu”
Kemudian siapakah?
Jawab Nabi SAW.; “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dekat dari kerabat”.
Abu-Laits Assamarqandi berkata;
Andaikan Allah tidak menyebut kewajiban berbakti kepada kedua orang tua itu dalam Al-Qur’an,  dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada  kedua orang tua itu Wajib.  Kerana itu diwajibkan seseorang yang berakal harus mengerti  kewajiban terhadap kedua orang tua,  lebih-lebih lagi Allah telah menekankan perkara ini dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an; juga telah diwahyukan kepada semua nabi-nabi bahawa redho Allah tergantung kepada redho kedua orang tuanya dan murka  Allah tergantung pada murka   kedua ibu-bapanya.
Ada penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandingan.  Allah tidak menerima yang satu tanpa gandingannya;
 
  • 1. ” Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat”.  Maka siapa sholat tidak zakat tidak akan diterima.
  • 2.  Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah SAW.” maka tiodak akan diterima taat kepada Allah jika tidak dengan gandingannya iaitu taat kepada Rasulullah SAW.
  • 3.  Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu”.  maka siapa yang syukur kepada Allah dan tidak syukur   kepada kedua orang tuanya, tidak akan diterima.
Satu ketika Nabi SAW. pernah ditanya: Apakah amal yang utama ?. Baginda menjawab;
“Sembahyanglah pada waktunya.  Kemudian taat kepada kedua ibu bapa. Kemudian jihad fisabilillah”
Farqad Assinji berkata;
‘Saya telah membaca di dalam kitab bahawa anak tidak boleh berbicara di hadapan orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh berjalan di hadapan atau di kanan kirinya, kecuali jika dipanggil maka ia harus menyambut dan harus berjalan di belakang keduanya sebagaimana hamba sahaya di belakang penghulunya”.
Seorang datang kepada Nabi SAW. dan berkata;
Ya Rasulullah,  Ibuku kini mengingau di tempatku. Maka akulah yang memberi makan minum dengan tanganku yang mewudhuinya dan mengangkatnya di atas bahuku.  Apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?.  Jawab Nabi SAW.; Belum, belum satupun dari jasa-jasanya(satu persen dari jasa-jasanya).  Tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah akan memberi pahala kepadanya yang besar dan banyak terhadap amalmuu yang sedikit.
Hisyam bin Urwah dari ayahnya dan neneknya berkata;
Terlulis di dalam hikmat; Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk ibunya, terkutuk siap yang merintangi agama Allah, terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan.  Terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain daripada Allah. Terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda di ajalan bumi ini atau di batas-batas  tanah.
Ibn Abbas ketika mengartikan ayat firman Allah dalam Surah Al-Isra:ayat 23 dan 24 seperti berikut;
“Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik). Apabila telah tua salah satunya atau keduanya di sisimu, maka jangan menunjukkkan sifat atau sikap jemu atau berkata; Cih, kepada keduanya, umpama jika kau sampai membuangkan kencing atau tahi ibu atau ayah maka jangan kau tutup hidungmu dan jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu di masa kecil.  Dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut secara sopan santun ramah-tamah dan hormat”.(Al-Isra’:23)
Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya; “Ya Tuhan, kasihanilah kedua ibu-bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku di masa kecil”. (Al-Isra’:24).
Seorang dari suku Bani Salimah datang kepada Nabi SAW. dan bertanya;
Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?.  Jawab Nabi SAW.;
“Ya, membacakan istigfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungkan keluarga dari keduanya.
Wallahu A’lam

Hadis Keduapuluh Lapan


Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : ” Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ‘ Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ‘ Sabda Rasulullah SAW : ‘ Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ). Dan jauhilah kamu dari perkara-perkara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida’ah itu menyesatkan. ‘

Waktu haram Solat ialah


1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins=7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.
2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10 min sebelum waktu zohor.
Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Mampukah Aku Menjadi Wanita Sholihah?


The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries,or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes,because that is the doorway to her heart, the place where love resides. The beauty of a woman is not in a facial mole, But true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman. With passing years-only grows!
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah 
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….
Taken from dakwah.net